Ahad, September 06, 2009

33/2K9

JANGAN KAU ULANGI LAGI

usah kau ungkapkan lagi kata-kata itu
jika hanya untuk menikam jantung rasaku
membaham tulang temulangku
dan mengunyah seluruh isi tubuhku
biarlah aku begini merangkak di dataran
dengan lendir hanyir bergumpalan
air mata dan keringat meladung
tenggelamkan kaki dan betisku,
jangan kau ulang kembali bicara hitam itu!



Zaidin Abadi
Pinggiran Sintok
6 September 2009
_______________________________________________

Semua karya adalah hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengambil atau menyalin mana-mana karya tanpa mendapat izin terlebih dahulu.
_______________________________________________

3 ulasan:

  1. salam tuan,

    Yang berulang-ulang itu,
    memang menyakitkan

    Namun, yang berulang-ulang itu,
    menenangkan, jika zikir
    kepada Tuhan

    BalasPadam
  2. Salam tuan,
    kenapa tidak disediakan cbox, sng untuk tinggalkan jejak..sy telah berlama, mencicip hidangan tuan..tahniah..

    BalasPadam
  3. terima kasih sahabat-sahabatku.....kerana sudi membaca.
    Indah Hairani : cbox tu apa ya? kurang mahir. mohon bantuan...

    BalasPadam