TELAH DATANG OGOS INI
telah datang Ogos ini
dengan nyanyi rindu
warna-warna di perjalanan
turut melagukan
irama merdeka,
langkah sederap
memijak onak duri
bisanya tertanam
di kuburan pertiwi.
telah datang Ogos ini
suara-suara garau amarah
berpintal dengan wap aspal
di hujung sebatang jalan
mengusap wajah perkasa
tiada lagi upaya
menungkat kepala
sekian lama dipasung.
Ogos yang kembali ini
akan kumandangkah semula
gegak gempita laung merdeka?
Zaidin Abadi
Pinggiran Taman Bayu
17 Julai 2009
__________________________________________________
Semua karya adalah hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengambil atau menyalin mana-mana karya tanpa mendapat izin terlebih dahulu.
__________________________________________________
Salam Tn. Zaidin,
BalasPadamMerdeka! Merdeka!
Merdeka!
Laungan hanya, jiwa
tak merdeka
Dari tarikan nafas,
abuyon
http://hijau-tinta.blogspot.com
Salam kenal, dari saya
salam sdr zaidin
BalasPadamketemu kembali
selamat menyambut bulan merdeka
sekaligus menyambut ramadhan almubarak
merdeka...apakah kita telah benar merdeka?