Ahad, Julai 26, 2009

29/2K9

SUATU PERJUANGAN

ada khabar dari angin
daerah ini kembali meriah
derap langkah
seluruh anak jantan perkasa
melagukan irama perjuangan

ada cerita bakal tercipta
suara rasa sebahasa
terhimpun dalam pakatan
tersirat dalam bantahan
bakal terbakarkah
padang lalang,
bendang gersang?

inilah
suatu perjuangan!


ZAIDIN ABADI
26 Julai 2009

___________________________________________________________

Semua karya adalah hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengambil atau menyalin mana-mana karya tanpa mendapat izin terlebih dahulu.
____________________________________________________________

3 ulasan:

  1. salam perjuangan
    bakarlah hilalang yang menghalang
    dengan derap langkah yang satu
    kau maju
    jadikan bendang kita permaidani hijau
    subur benihnya
    jenuh menuai hasilnya kemudian...

    BalasPadam
  2. Wow!

    Betul ke apa yang saya paham ni...

    BalasPadam
  3. Sdr faziz ar :
    jika mahu menuai hasil bendang hijau
    perlu dibakar lalang penghalang kesuburan.
    semoga usaha mendapat kejayaan.

    Sdr anneaziz :
    insya allah....moga-moga betullah apa yang sdr faham itu.

    BalasPadam