SEPERSALINAN MIMPI
malammu sepertikah malamku?
dingin yang membalut mimpi
atau gelisah yang mengunci ilusi
engkau meredah malam
dengan mata terbuka
dan perjalananmu tidak ke mana-mana.
malam kita bersatukah?
di penghujung rindu ini
atau di perdu sepohon kasih
kerana kita saling bersuara
dengan irama iri yang berbeza.
Zaidin Abadi
Pinggiran Taman Bayu
26 Disember 2009
____________________________________________________________
Semua karya adalah hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengambil atau menyalin mana-mana karya tanpa mendapat izin terlebih dahulu.
____________________________________________________________
salam saudara zaidin
BalasPadamsepersalinan mimpimu kubaca
mimpi terkadang adalah dari buah rindu
menjadi sesalinan mimpi
yang menggugah rasa..
terima kasih sdr kerana membaca.
BalasPadam