Selasa, Mac 31, 2009
DI SEBALIK BATU ITU
benarkah telah tergerak pejal batu?
tiba-tiba kau luahkan suara nyaringmu
gemersik antara sinar dan kelam,
aku masih tertunggu-tunggu
warna apakah yang akan kaulukiskan
ke kanvas kusam ini?
di sebalik batu itu, apa terselindung?
suaramu tenggelam timbul
bertiupkah angin perubahan
beranimu masih belum terpancar,
aku akan terus menunggu
perkhabaran apakah yang akan kaulontar
ke buku-buku tercarik ini?
di sudut ini, seorang anak desa
termangu dan tertunggu, seperti aku
apakah akan terjadi selepas ini
terus berjiwakah bahasaku?
Pinggiran Taman Bayu
31 Mac 2009
Ahad, Mac 29, 2009
SEJARAH MEMANGKAH
bagai tercipta sejarah
perebutan dan pertarungan
akan menggegarkan wilayah
untuk menentukan
siapa yang kalah?
ayahku akan lebih pening
menanti detik memangkah
Pinggiran Taman Bayu
29 Mac 2009
Sabtu, Mac 28, 2009
ARAH MANA
arah mana
angin berhembus
pasir terusir
pantai bertukar
lalang di padang
bergoyang kencang!
arah mana
mengatur langkah
derap bertingkah
suara-suara pecah
hilang irama
lirikpun terpadam!
aku menanti siang
selepas malam kelam.
Pinggiran Taman Bayu
28 Mac 2009
angin berhembus
pasir terusir
pantai bertukar
lalang di padang
bergoyang kencang!
arah mana
mengatur langkah
derap bertingkah
suara-suara pecah
hilang irama
lirikpun terpadam!
aku menanti siang
selepas malam kelam.
Pinggiran Taman Bayu
28 Mac 2009
Jumaat, Mac 27, 2009
SISIPAN BICARA
aku mendengar suaramu
dalam sisipan bicara bernas
dari menara dewan kebangsawanan
engkau menolak harapan
yang kutambatkan ke tiang seri
rumah puasaka kita
tersilapkah dengarku?
engkau melafazkan janji
tidak akan berpaling kembali
lalu akan lebih kelamlah
siang-malam anak-anak kita
di sudut pengap mendakap impian
bicara mereka akan mati
di tangga pondok usang
saban hari menagih simpatimu
sama seperti para pejuang
mengharap kau mengerti
bahasa dan bangsa terpisah tiada!
Pinggiran Taman Bayu
27 Mac 2009
dalam sisipan bicara bernas
dari menara dewan kebangsawanan
engkau menolak harapan
yang kutambatkan ke tiang seri
rumah puasaka kita
tersilapkah dengarku?
engkau melafazkan janji
tidak akan berpaling kembali
lalu akan lebih kelamlah
siang-malam anak-anak kita
di sudut pengap mendakap impian
bicara mereka akan mati
di tangga pondok usang
saban hari menagih simpatimu
sama seperti para pejuang
mengharap kau mengerti
bahasa dan bangsa terpisah tiada!
Pinggiran Taman Bayu
27 Mac 2009
Isnin, Mac 23, 2009
SEUNTAI JANJI
terungkap bicara
dari halkum diri
seuntai janji
terakam abadi.
aku merenung
warkah tercarik
di tangga mimbar
antara tangis
dan senyum tawar.
23 Mac 2009
Pinggiran Taman Bayu
dari halkum diri
seuntai janji
terakam abadi.
aku merenung
warkah tercarik
di tangga mimbar
antara tangis
dan senyum tawar.
23 Mac 2009
Pinggiran Taman Bayu
Langgan:
Catatan (Atom)