DI SEBALIK BATU ITU
benarkah telah tergerak pejal batu?
tiba-tiba kau luahkan suara nyaringmu
gemersik antara sinar dan kelam,
aku masih tertunggu-tunggu
warna apakah yang akan kaulukiskan
ke kanvas kusam ini?
di sebalik batu itu, apa terselindung?
suaramu tenggelam timbul
bertiupkah angin perubahan
beranimu masih belum terpancar,
aku akan terus menunggu
perkhabaran apakah yang akan kaulontar
ke buku-buku tercarik ini?
di sudut ini, seorang anak desa
termangu dan tertunggu, seperti aku
apakah akan terjadi selepas ini
terus berjiwakah bahasaku?Pinggiran Taman Bayu
31 Mac 2009
salam kenal...
BalasPadamSdr Zulkifli, salam perkenalan.
BalasPadamdisebalik batu itu
BalasPadamterpahat cerita
terlukis buaian zaman silam
budaya termaklum
bicara halus mengundang ketenangan
terulahkah lagi
masih kah terpahat
keagungan ketimuran
lambaian dedaun kelapa
memberi salam pada penghuni
nusantara ..
aku masih tercari2
ketulan batu-batu
yang ada ukiran asli
biar lah ombak membadai kencang
batu tak bergerak
ia tertanam dalam
dengan belaian
anak nusantara
salam mesra