arah mana
angin berhembus
pasir terusir
pantai bertukar
lalang di padang
bergoyang kencang!
arah mana
mengatur langkah
derap bertingkah
suara-suara pecah
hilang irama
lirikpun terpadam!
aku menanti siang
selepas malam kelam.
Pinggiran Taman Bayu
28 Mac 2009
Alunan indah
BalasPadamMengikut irama hati
Tersadailah biar pun di bertilam ilalang
Nyenyak mu tertara bila hati diusik ketenangan
Usahlah bergerak dengan jiwa bersinar mentari
Lelaplah seketika
Suara itu kan menyapa merdu
Kan mengukir rasa usang
Kini bersinar kembali bak permata di pancaran
Memata bola hari..
Usah dinanti
Ia menyusuli tanpa diundang
Kerna keluahan mu terdengar disubarang..
salam mesra