Ahad, April 19, 2009

DI POHON CINTA

sekawan angan singgah
di pohon cinta
embun masih bersisa
meski matahari memanggang
di kepala.

engkau menulis
tentang makna setia
dalam alir sungai ingatan
dan mahu melakar
janji di jeram tinggi.

ah, kelmarin petang
seekor burung tersadai
di perdu angsana
kepaknya patah
di panah sumpah!



Pinggiran Taman Bayu
20 April 2009

2 ulasan:

  1. Salam petang saudara Zaidin,

    Aku sukai rangkap terakhir puisi saudara ini, seluruhnya ...

    BalasPadam
  2. Terima kasih sdr Zul kerana membaca & menyukainya. Salam perkenalan.

    BalasPadam