Rabu, April 22, 2009
KESAN TAPAK KAKI DI PASIR PANTAI INI
kesan tapak kakimu di pasir pantai ini sudah lama terhakis
hilang dijilat rakus ombak merentap ke dasar lautan
semadilah di sana menjadi tontonan makhluk laut
kerana di sini, kehadiranmu telah menjadi sejarah basi.
seekor anak ketam tiba-tiba berhenti mengorek pasir
bagai terhidu bau yang amat meloyakan menjijikkan
lantas mengambus kembali pasir itu dan beredar ke gigi air
membasuh kaki dan pengepitnya, "aku takut dijangkiti
kuman takbur yang tersisa di situ".
pun seekor helang melayah singgah ke dahan di pesisir pantai
meneropong leka mangsa untuk makan tengah harinya
tidak lama di situ dia kembali melayangkan dirinya ke awan
mungkin ternampak sisa secebis bangkai di situ
namun tekaknya tidak terasa untuk mengoyak
"biarkan sahaja ia di situ mereput menjadi batu!".
angin berhenti berpuput tanpa mahu bersubahat
meniupkan bau bangkai itu ke mayapada
"aku tidak mahu menyambungkan semula
sejarah parah yang memusnahkan".
Pinggiran Taman Bayu
22 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
termaklum sudah
BalasPadamyang ada kan tiada..
yang kekal hanyalah keyakinan
berlagu lah rentak baru
kan tersaut seruan kalbu
bimbing lah sejarah usang
bena lah sejarah gemilang
agar ...tiada kemusnahan ..