Ahad, Jun 14, 2009

ENGKAU SEORANG LELAKI BERANI

kau seorang lelaki berdiri di pinggir pantai
menanti debur ombak dan deru angin memintal
bersuara lantang, menyeru pada biru lautan
tenanglah!

dengan tangan terkepal menumbuk angin
kau menarik sauh perahumu
bersiap untuk meredah badai gelora itu
kerana engkau pasti, di sana ada pulau
damai!

kini, perahu sudah di air
dayung sudah di tanganmu, layarilah
dengan cekal berani kerana gelora itu hanyalah air
yang pasti terlerai jua.



Zaidin Abadi
Pinggiran Taman Bayu
14 Jun 2009

_________________________________________________________________


Semua karya adalah hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengambil atau menyalin mana-mana karya tanpa mendapat izin terlebih dahulu.
___________________________________________________________________

2 ulasan: