terlorek laluan merentasi gunung-ganang dan lautan gelora
kautandakan titik akhir kembara ini
sebuah puncak tertinggi di saput awan gemawan
dalam dakapan mesra sebuah kejayaan.
kauatur jejak satu persatu
dengan alas kaki menahan tajam kerikil cabaran
tanpa peduli panas yang menikam diri
kerana engkau amat pasti
ada kedinginan yang menanti
memadam pedih panahan mentari.
seribu liku itu telah kaulalui
kini kau berdiri di puncak
dengan tangan terbuka
mengucap syukur.
Zaidin Abadi
Pinggiran Taman Bayu
13 Jun 2009
_____________________________________________________________
Semua karya adalah hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengambil atau menyalin mana-mana karya tanpa mendapat izin terlebih dahulu.
salam sdr
BalasPadamsiapa gerangan kau yang bijak memeta perjalanan yang membawa kejayaan... salam berkenal...
sesiapa sahaja boleh memeta perjalanan dan boleh tiba ke puncak kejayaan. Salam perkenalan.
BalasPadam